TIPS MUDAH KUASAI BAHASA INGGERIS


Berikutan peperiksaan yang semakin genting masanya, maka banyaklah permintaan dari ibu bapa yang merisaui penguasaan subjek bahasa asing ini, iaitu Bahasa Inggeris.

Suka kami kongsikan di sini, artikel khas dari salah seorang guru tuisyen kami berkongsi '5 Tips Mudah Kuasai Bahasa Inggeris'. Semoga bermanfaat!

..................................................................


1. Percaya dan Yakin Boleh


Keyakinan adalah aset terbesar untuk mencapai matlamat. Jangan takut untuk mengambil risiko atau melakukan kesilapan.

Kesilapan adalah peluang terbaik untuk mengenal pasti kelemahan diri. Bermula dari kesilapan itulah, tanpa sedar anda akan dapat berbahasa Inggeris dengan baik.

Cuba untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris walaupun agak sukar atau banyak kesalahan tatabahasa. Lama kelamaan, anda akan belajar untuk memperbaiki kesalahan itu.

2. Manfaatkan Kegunaan Internet


Era teknologi dan segalanya di hujung jari. Terdapat pelbagai aplikasi yang boleh membantu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris anda. Contoh aplikasi yang digunakan sendiri oleh saya sendiri adalah ELEVATE.

Aplikasi ini amatlah membantu dari segala aspek yang perlu dimahiri dalam Bahasa Inggeris dan juga Matematik.

Kaedah menggunakan aplikasi atas talian ini amatlah bagus sebagai alterntif dan inisiatif untuk lebih maju dan mahir dalam penguasaan Bahasa Inggeris memandangkan zaman kini, gajet dan internet bukanlah lagi benda yang asing dalam kehidupan pelajar. 

3. Tonton cerita dengan sarikata Bahasa Inggeris


Minat pelajar berbeza-beza. Ada yang kurang gemar membaca novel atau buku cerita, tapi gemar menonton drama dan filem. Bagi yang gemar menonton, cuba ubah sekiranya sebelum ini sering menggunakan sari kata dalam Bahasa Melayu, gunakan sari kata Bahasa Inggeris.

Lalu, catatkan perkataan yang tidak difahami dan cari maksudnya sejurus selesai menonton.

Melalui kaedah ini, anda dapat melatih diri dalam kelancaran membaca, mendengar dan mencatat.

4. Gunakan perkataan baharu yang difahami


Selesai mencari maksud dan sudah faham perkataan baru itu, cuba bina ayat mudah untuk mengukuhkan lagi kefahaman terhadap sesuatu perkataan.

Contoh:
FURIOUS = SANGAT MARAH / GARANG/ GANAS / LIAR

The man was so furious when he knew about the secret.

He drove at a furious speed.

5. One Essay a Day


Latih diri untuk menulis satu karangan setiap hari. Jadikan satu amalan, atau mungkin boleh tukar penulisan karangan kepada penulisan diari kehidupan tapi dalam Bahasa Inggeris.

Apabila sudah menjadi rutin, anda akan lebih peka dengan ayat yang anda tulis, sekaligus menjadikan anda lebih bersemangat untuk belajar perkataan baru supaya dapat digunakan dalam penulisan anda.

Setakat itu sahaja tips yang dapat saya kongsikan dalam entri kali ini. Semoga setiap usaha kecil yang pelajar lakukan akan diberkati dan dipermudahkan urusan olehNya. Sentiasa yakin, tiada kejayaan tanpa usaha. Oleh itu, tiada subjek yang sukar sekiranya kita tidak berputus asa untuk menguasainya.

Nurina Zara,
Guru Tuisyen di Rumah
Kawasan Lembah Klang

..................................................................

Anda ada tips lain? Boleh kongsi lagi di ruangan komen.

Masih belum mampu untuk menguasai Bahasa Inggeris? Kami ada sediakan perkhidmatan Kemahiran Bahasa dari Rumah. Ya, subjek Bahasa Inggeris antara bahasa yang kami tawarkan 

Berminat nak cuba servis tuisyen dengan kami?

Klik di SINI

Comments