5 SEBAB KENAPA TUISYEN MENJADI KEPERLUAN

"Belajar sekarang makin mencabar.. Silibus pendidikan sekarang makin susah berbanding dulu-dulu."

"Budak darjah 1 pun ada soalan KBAT."

"Budak-budak sekarang semua makin pandai-pandai, jadi anak-anak kena bersaing untuk jadi yang terbaik antara yang terbaik."

Itulah realiti dalam dunia pendidikan yang berlaku saat ini. Jadi, adakah kita rasa sudah cukup untuk anak-anak belajar di sekolah sahaja? Adakah kita pasti anak kita betul-betul faham apa yang cikgu di sekolah ajar?

Maka sebab itulah tuisyen ini dianggap sebagai satu keperluan dan bukanlah kehendak.

Kenapa perlunya Tuisyen di Rumah??

1. Belajar Lebih Fokus


Kebanyakan pelajar bukanlah tidak faham dalam semua yang dipelajarinya tetapi hanya sebahagian sahaja. Jadi, dengan adanya kelas tuisyen maka pelajar boleh memilih untuk fokus pada topik-topik yang lemah.

2. Jadual yang Lebih Fleksibel

Tuisyen di Rumah memberi peluang kepada ibu bapa dan anak-anak untuk merancang sendiri jadual untuk masa dan hari kelas. Jadi, tak ada lah istilah 'ketinggalan' dalam belajar tu. Sebab masanya fleksibel dan boleh diubah mengikut masa kedua-dua pelajar dan cikgu tuisyen.

3. Pelajar Tidak Malu Bertanya


Kami menawarkan tuisyen secara individu atau berkumpulan tetapi setiap kumpulan maksimum 5 pelajar. Jadi, setiap kumpulan tuisyen tidak melebihi 5 orang supaya lebih mudah bertanya kepada cikgu dan ianya juga memudahkan cikgu untuk mengenalpasti kelemahan pelajar.

4. Memanfaatkan Masa Lapang Anak-anak


Kebiasaannya, pelajar bersekolah dari 7 pagi sehingga 2 petang. Balik sekolah, sampailah ke malam, mereka mempunyai masa lapang yang panjang. Lagi-lagi kalau musim cuti sekolah. Lagi lah, banyak masa-masa lapang mereka. Jadi, untuk mengisi masa lapang mereka yang terbuang begitu sahaja seeloknya diisi dengan aktiviti yang bermanfaat seperti Tuisyen. Yelah, daripada tengok 'tv' berjam-jam baik buat ulangkaji, ada juga faedahnya. Lagipun, tuisyen yang kami tawarkan pun tak lama pun. Paling lama kami tawarkan kelas 2 jam sahaja. Jadi, pelajar tak terbeban dengan pelajaran pun.

5. Tuisyen di Rumah Pelajar


Ini poin penting kenapa perlunya tuisyen di rumah. Ya, tuisyen yang kami tawarkan adalah tuisyen di rumah pelajar. Jadi, ibu bapa tak perlulah bersusah-payah nak hantar dan ambil anak pergi balik ke pusat tuisyen sebab kami akan hantarkan cikgu ke rumah. Haa, senang kan? Bukan saja memudahkan ibu bapa, malah para pelajar sebenarnya lebih selesa belajar di rumah sendiri. Malah, ibu bapa juga lebih mudah untuk pantau anak-anak dari rumah. Maka sebab itulah, tuisyen ini perlu dibuat di rumah pelajar.

Kesimpulannya dari kami. Tuisyen dewasa ini telah pun menjadi keperluan dan bukanlah kehendak semata-mata. Malah, tuisyen bukanlah bebanan tetapi bantuan untuk anak-anak anda.

Berminat nak cuba servis tuisyen dengan kami? Direct WhatsApp di sini.

Comments