10 Tips Skor Matematik dan Matematik Tambahan SPM


5 Bulan lagi menjelang peperiksaan SPM 2019, berduyun-duyun permintaan untuk tuisyen dari klien melihatkan kerisauan terhadap prestasi anak-anak.


Alhamdulillah, rezeki Tuisyen di Rumah.

Suka di sini, ingin kami kongsikan 10 tips untuk pencapaian cemerlang dalam subjek Matematik dan Matematik Tambahan SPM dari salah seorang guru tuisyen kami.

1. Buat persediaan awal


Khusus untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM, pastikan anda buat persediaan bermula dari Tingkatan 4 lagi. Ini bukan waktu untuk rasa 'merdeka' selepas PT3 tapi baru permulaan.

Jangan terlalu banyak main, kerana nanti anda mungkin menyesal di Tingkatan 5 sebab tak dapat nak 'catch-up' apa yang dah diajar.

Untuk lebih 'specific' sediakan jadual untuk ulangkaji setiap topik.

2. Ulangkaji tajuk sebelum kelas


Ini perkara penting pelajar perlu tahu. Ya, pelajar perlu pastikan mereka telah pun terlebih dahulu belajar berkaitan tajuk sebelum diajar oleh guru.

Ia penting bagi memastikan kita lebih mudah untuk menerima ilmu baru yang diajar


3. Latihan berfokus


Bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan, sudah pasti banyak topik-topik yang masih lemah dan tak dikuasai.

Latihan yang dibuat perlulah berfokus kepada topik yang betul-betul lemah.

Ulangan latihan penting bagi memastikan kita benar-benar telah menguasai topik berkenaan.

Jadi, nanti jika diuji dengan apa-apa soalan pun in shaa Allah kita boleh dan mampu untuk jawab.

4. Latihan peperiksaan tahun lepas


Ini perkara paling penting buat pelajar yang nak skor subjek Matematik.

Percayalah, soalan-soalan SPM tahun-tahun yang lepas 'pattern' adalah lebih kurang sama.

Jadi, bila kita dah biasa dengan soalan SPM in shaa Allah kita akan mampu jawab soalan dengan mudah waktu SPM nanti.

Pengalaman saya sendiri, tersenyum lepas habis exam Matematik dan Matematik Tambahan sebab rasa dipermudahkan sangat. Alhamdulillah

5. Wujudkan minat


Ya, minat dalam subjek Matematik sangat penting untuk pastikan ia seiring dengan apa yang kita nak capai.

Kalau tak minat, payah. Nanti wujudlah situasi, bila buat sikit dan ada soalan susah sikit, malas lah nak buat.

Haa, see? Penting sangat untuk adakan rasa minat dalam Matematik.

Kalau saya sendiri, saya kata kat diri Matematik tu 'amazing' sebab setiap soalan mesti ada penyelesaiannya.

6. Jaga hubungan dengan guru.


Ini perkara ramai pelajar yang lepas pandang. Pastikan tiada 'gap' di antara kita dengan cikgu. Wujudkan masa untuk kita tanya cikgu mesti setiap kali kelas nak tanya, sebab penting untuk cikgu kenal kita.

Bila cikgu kenal kita, mintak dia doakan kita. Doa cikgu, mustajab tau.

Lagi satu, pentingnya jaga hubungan dengan cikgu untuk pastikan ilmu tu berkat.

Kalau malu nak tanya cikgu sekolah, boleh tanya cikgu Tuisyen di Rumah.

7. Ajar orang lain


Pernah dengar tak? Bila kita bagi ilmu orang, maka ilmu kita makin bertambah-tambah.

Jadi, kita bukan hanya pandai sorang-sorang. Bila dah tahu tu, tak salah pun sedekah ilmu kita untuk orang lain pulak.

Serius, tips ni sangat berguna.

8. Buat latihan di waktu petang


Ha, mesti pelik kan? Tahukah anda? Kajian menunjukkan bahawa pelajar lebih cerdas dalam menyelasaikan soalan kira-kira pada waktu petang.

Ya, saya sendiri dah cuba. Memang efektif sangat.

Jadi, siapa yang tak buat riadah petang tu boleh lah buat soalan Matematik.

9. Latihan, latihan dan latihan sampai tepu


Matematik kan, penting sangat untuk kita perbanyakkan latihan sampai tepu.

Maksud sampai tepu, biarlah kita dah betul-betul menguasai.

Ambil masa, dan cuba jawab soalan. Jangan putus asa untuk jawab soalan. Percayalah, setiap masalah ada solusinya.

10. Tawakkal



Ini penyudah dari tindakan kita. Pastinya kita dah pun berusaha sedaya upaya kita tapi yang menentukannya hanya Allah S.W.T.

Minta lah pertolongan darinya. Pastikan jangan lupa doa sebelum bukak buku untuk study.

Kerana niat kita belajar adalah untukNya.

. .  . .

Setakat itu sahaja perkongsian yang dapat saya kongsikan. Semoga apa yang dikongsi bermanfaat untuk semua pelajar khususnya SPM dan juga pelajar-pelajar lain.

Percayalah dan yakinlah pada diri, Matematik tak sesusah mana yang anda fikirkan.

.
.
.

Artikel ditulis oleh salah seorang guru tuisyen kami yang bekerja secara sepenuh masa untuk Tuisyen di Rumah.

Nak dapatkan bimbingan Tuisyen di Rumah? WhatsApp kami di sini:
KLIK SINI

Comments